29 Julai 2011 Jumaat - Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis membaca tahlil dan doa arwah sekampung telah diadakan hari ini. Majlis ini begitu significan bagi warga kampung dalam mengenang dan menghadiahkan doa kepada mereka yang telah lebih dahulu kembali ke Rahmatullah. Tetamu Kehormat dimajlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Adanan bin PSI Pg Hj Ismail, Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'. Dalam majlis ini juga, golongan warga tua dan anak-anak yatim mendapat perhatian khusus oleh pengerusi dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok, dengan acara penyampaian sumbangan berbentuk kewangan kepada golongan ini. Sumbangan diserahkan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.
Tenpin Bowling Sempena Hari Keputeraan ke 65
22 Julai 2011 Jumaat - Anak-anak kampung khususnya pemain-pemain tenpin bowling telah turut serta memeriahkan sambutan Hari Keputeraan ke 65 dengan menyertai satu perlawanan tenpin bowling anjuran Jabatan Daerah Brunei dan Muara yang dikelolakan oleh Majlis Perundingan Mukim Kilanas. Dalam perlawanan yang berlangsung hari ini, anak-anak kampung yang mewakili pasukan Mukim Gadong F telah bermain dengan baik disamping memperlihatkan semangat berpasukan yang tinggi. Walaubagaimanapun, salah seorang pemain Mukim Gadong F, Awg Alias Hj Idris telah mengalami kecederaan lutut di frame terakhir game 1 dan tidak dapat meneruskan perlawanan dan tempatnya diganti oleh pemain lain. Di akhir permainan, pasukan Mukim Gadong F telah mengutip 704 jatuhan pin dalam game 1, 682 pin dalam game ke 2 dan mengingkat ke 767 jatuhan pin dalam game ke 3. Pasukan Mukim Gadong E yang dibarisi oleh anak-anak Kampong Tungku/katok akan meneruskan cabaran seterusnya pada petang esuk, jam 3.30
Membersihkan Perkuburan Islam P.Sengkurong, Talung dan Belabau
17 Julai 2011 Ahad - Seperti yang telah dijadualkan serta dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu, kempen membersihkan tanah perkuburan Islam Pulau Sengkurong dan Talung telah dilaksanakan oleh anak-anak kampung yang mana diketuai sendiri oleh Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Turut serta adalah Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok yang juga Ketua Kampong Tungku/Katok, ahli-ahli tertinggi MPK dan para penduduk kampung.
Kempen dimulai dengan membersihkan tanah perkuboran Pulau Sengkurong yang jauhnya dari perkuboran Pulau Kandis adalah sekitar 1 km sahaja, tetapi melalui jalan kecil yang dibuat oleh penduduk kampung sendiri. Keluasannya adalah sekitar hektar sahaja dan tidak lagi digunakan oleh penduduk kampung. Kempen di tanah perkuboran Pulau Sengkurong berakhir sekitar jam 10.15 pagi dengan tahlil yang diketuai oleh Yang Mulia Awg Haji Sahrin bin Hj Ismail, seorang Pegawai Ugama dari Kementerian Hal Ehwl Ugama.
Kempen seterusnya bergerak ke tanah perkuboran Talung yang terletak dikawasan skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Tungku, yang bersempadan dengan Askar Simpanan di Kampong Rimba. Perkuboran ini juga tidak lagi digunakan oleh penduduk kampung, dan adalah dianggarkan ianya berusia ratusan tahun. Perkuboran terakhir yang sempat dilawati untuk dibersihkan adalah Tanah Perkuboran Belabau yang terletak di Kampong Rimba. Tanah perkuboran ini agak kecil dan hanya beberapa nisan dapat disaksikan dikawasan perkuboran ini, akan tetapi ianya sudahpun di bersihkan oleh penduduk Kampong Rimba dan sekitarnya.
Tanah Perkuboran Pulau Sengkurong
Membaca tahlil buat yang telah pergi
Tanah Perkuboran Talung
Membersihkan Tanah Perkuboran Talung
Kempen Membersihkan Balai Ibadat Kg. Tungku/Katok
16 Julai 2011 Sabtu - Hari cuti awam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke 65 tahun ini tidak dibiarkan berlalu begitu saja oleh sebilangan penduduk Kampong Tungku/Katok. Mereka hadir awal-awal pagi untuk sama-sama membersihkan Balai Ibadat Kampong Tungku/Katok dan halaman sekitarnya untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada penduduk kampung yang akan menggunakan balai ibadat ini nanti semasa bulan Ramadhan yang datang. Walaupun balai ibadat ini akan digunakan mungkin kali terakhir pada Ramadhan ini, kerana Masjid Kampong Tungku dijangka siap sekitar bulan April 2012 nanti, namun mereka yang turut serta membersihkan balai ibadat ini begitu terharu dan maseh sayang kepada balai ibadat ini. Banyak kenangan disimpan oleh balai ini sepanjang ianya dibina dan digunakan oleh penduduk kampung terutama sekali warga tua yang pernah menggunakan balai ibadat ini untuk kelas mengaji khusus untuk orang-orang dewasa. Ramai guru-guru ugama pernah menjejakkan kaki ke balai ibadat ini untuk mencurahkan ilmu kepada penduduk kampung disamping ceramah-ceramah agama. Semoga mereka yang pernah memakmurkan balai ibadat ini semada mereka telah pergi meninggalkan kita mahupun mereka yang maseh hidup, mendapat rahmat, inayah dan pahala yang setimpal dengan amal ibadat yang telah mereka perbuat, AMIN.
Kemajuan Pembinaan Masjid Kampong Tungku/Katok
6 Julai 2011 Rabu - Setelah berlalu 7 bulan pembinaan Masjid Kampong Tungku selepas majlis mendirikan tiang pada 2 Disember 2010 yang lalu, gambar disebelah menceritakan kemajuannya setakad ini. Masjid dibina diatas tapak seluas lebih 2 hektar tersebut dijangksa siap pada bulan Februari 2012, dan mampu menampung jemaah seramai lebih 500 orang. Isyallah bila ianya siap kelak, banyak aktiviti Majlis Perundingan Kampung dapat diusahakan demi kebaikan dan kemaslahatan masyarakat Kampong Tungku dan sekitarnya. Dalam tempoh terdekat, jawatankuasa masjid Insyallah akan dibentuk bagi mengurus dan mentadbir masjid berkenaan.
Grand Finale Liga Bulanan Tenpin Bowling
3 Julai 2011 Ahad - Liga bulanan tenpin bowling Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok mencapai kemuncaknya malam tadi dengan berlangsungnya Grand Finale, yang menyaksikan sebanyak 7 pasukan bersaing untuk menjuarai perlawanan semalam. Sebanyak 21 pemain telah ikutserta yang diundi untuk membentuk 7 pasukan yang terdiri dari 3 pemain sepasukan. Diakhir perlawanan, Pasukan Tumpi yang diketua oleh Haji Zakaria Hj Liman telah menjadi juara. Tempat kedua disandang oleh Pasukan Udang Galah dan tempat ketiga adalah Pasukan Tempuung Pacah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Mulia Haji Ismail bin Haji Rajab, Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok merangkap Ketua Kampung. Hadiah-hadiah bagi 'Turkey' dan tiga hadiah bagi setiap game disumbangkan oleh Yang Mulia Awg Haji Zakaria bin Hj Liman, dan hadiah bagi High Game dan High Series pula adalah sumbangan Awg Haji Aji bin Hj Abdullah.
Dalam kutipan mata tertinggi (Highe Series) bagi individu pula, Awg Norazime Hj Md Noor merupakan juara keseluruhan bagi kesemua game dengan kutipan 633 pins bagi scratch dan 688 pins setelah dicampur handicap. Tempat kedua pula ialah Awg Hirwan Hj Siajuan dan tempat ketiga disandang oleh Awg Mat Yassin Hj Abdullah.
Dalam penentuan siapa yang menyimpan Piala Liga Bulanan antara Awg Hj Aji Hj Abdullah dan Awg Ahmad Khairi Hj Hassan pula, Awg Hj Aji Hj Abdullah berjaya menewaskan Awg Ahmad Khairi Hj Hassan dengan kelebihan 4 pin sahaja. Perlawanan semalam berakhir sekitar jam 12 tengah malam.
Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan
3 Julai 2011 Ahad - Satu majlis menaikkan bendera kebangsaan bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke 65 tahun telah diadakan diperkarangan rumah Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin pagi ini dengan dihadiri oleh penduduk-penduduk mukim Gadong 'A'. Turut hadir ialah Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A', Yang Mulia Pengiran Adanan bin Pg Seri Indera Pg Hj Ismail dan Yang Mulia Professor Madya Dr Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Hj Tengah dan ketua-ketua kampong dari Mukim Gadong 'A'. Acara yang bermula jam 9 pagi itu berakhir sekitar jam 9.30 pagi
Mesyuarat MPK bagi aktiviti bulan Julai 2011
27 Jun 2011 Isnin - Satu mesyuarat bagi membincangkan aktiviti-aktiviti Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok dalam bulan Julai telah diadakan di Restoran Hama, Kampong Tungku. Hadir dalam majlis mesyuarat tersebut adalah ahli ahli jawatankuasa tertinggi dan dipengerusikan oleh Yang Mulia Ketua Kampong Tungku/Katok, Awang Haji Ismail bin Haji Rajab. Antara lain perkara yang dibincangkan adalah, ketetapan bagi mengadakan Majlis Doa Arwah sekampung, Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Pulau Kandis, Majlis Junjung Ziarah sempena Hari Keputeraan ke 65 dan Majlis Menaikkan Bendera yang juga disempenakan dengan Hari Keputeraan ke 65. Tarikh-tarikh yang dirancang bagi majlis-majlis diatas adalah seperti berikut:
Majlis Doa Arwah Sekampung
29 Julai 2011 Hari Jumaat Jam 2 Petang Bertempat di Halaman Rumah Ketua Kampong Tungku/Katok
Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Pulau Kandis
17 Julai 2011 Hari Ahad Jam 8 Pagi Tanah Perkuburan Pulau Kandis
Membersihkan Balai Ibadat Kampong Tungku
16 Julai 2011 Hari Sabtu Jam 8 Pagi Balai Ibadat Kampong Tungku
Menaikkan Bendera Kebangsaan
1 / 3 Julai 2011 Hari Jumat/Ahad Jam 8 Pagi Perkarangan Rumah Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin
Majlis Junjung Ziarah Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sempena Hari Keputeraan ke 65
24 Julai 2011 Hari Ahad Jam 8 Pagi Taman SOAS, Bandar Seri Begawan