8 Mei 2011 Ahad - Liga bulanan Tenpin Bowling diteruskan lagi bagi bulan Mei malam tadi dengan disertai oleh 19 pemain, termasuk beberapa pemain yang baru berkecimpung dalam sukan ini. Pemain-pemain baru berkenaan telah diberikan handicap maksima iaitu 120 pins. Dalam perlawanan malam tadi, juara bulanan bagi bulan Mei 2011 telah disandang oleh Awg Hirwan bin Hj Siajuan dengan memperolehi 551 jatuhan pin. Naib juara pula disandang oleh Awg Mazini bin Hj Bolhassan dengan 526 jatuhan pin dan tempat ketiga pula ialah Awg Norazime Hj Md Noor. Bagi pemenang setiap game pula, game pertama dijuarai oleh Awg Hirwan Hj Siajuan dengan 201 jatuhan pin. Pemenang game kedua pula dijuarai oleh pemain baru Awg Zanidi Hj Saban dengan 189 jatuhan pin, dan game ketiga dijuarai oleh Awg Hirwan Hj Siajuan dengan 197 jatuhan pin. Tahniah diucapkan kepada Awg Hirwan yang telah menjuarai liga bulanan bagi Bulan Mei 2011.
Kejohanan Badminton MPK Tungku/Katok
1 Mei 2011 Ahad - Kejohanan Badminton Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok telah bermula dengan meriahnya hari ini, dengan melibatkan penduduk-penduduk kampung, guru-guru Sekolah Rendah Tungku dan juga pemain-pemain jemputan. Enam kategori perlawanan telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Badminton dengan kerjasama anak-anak kampung pengemar permainan badminton. Kategori dipertandingan adalah (a) Perseorangan Lelaki Terbuka, (b) Bergu Wanita Sedded+Unseeded, (c) Bergu Veteran/Novis, (d) Bergu Campuran, (e) Bergu Veteran 45 Tahun dan (f) Bergu Terbuka Lelaki. Kepada semua pemain yang mengambil bahagian, diucapkan SELAMAT BERTANDING!.