Kampong Tungku/Katok, Mukim Gadong AKampong Tungku/Katok adalah sebuah perkampungan puak Kedayan yang terletak di Mukim Gadong A, dibawah pentadbiran Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Jauhnya dari pusat Bandar Seri Begawan adalah kira-kira 5 km sahaja dan boleh dikunjungi melalui jalan-jalan dari Kampong Mata-Mata, Kampong Perpindahan Rimba disamping jalan biasa dari persimpangan Jalan Gadong/Tungku Link. Kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia adalah seperti jalanraya berturap aspal, bekalan air bersih, bekalan api eletrik dan juga telefon. Pihak swasta khususnya DST Sdn Bhd dan b-Mobile juga memasang transmitter untuk kemudahan telefon bergerak.
Dengan melihat peta disebelah kanan, kedudukan Kampung Tungku/Katok di bumi ALLAH ialah pada Latitude 4.926000 dan Longitude 114.885200. Kampung-kampung yang berdekatan adalah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Tungku Kawasan 1, 2 & 3, dan Kampong Mata-Mata. (Sila zoom in/out peta disebelah untuk melihat kampong-kampong yang berdekatan). Kampung Tungku/Katok berkeluasan 2,842.93 hektar dengan penduduknya sekitar 5,587 orang (termasuk kawasan penempatan Skim Tanah Kurnia Kepada Rakyat Jati) - sumber: Buku Panduan Sempadan Mukim dan Kampong Daerah Brunei dan Muara terbitan Jabatan Ukur.
Sekitar Majlis Doa Arwah Sekampong Tahun 2010
Ketua KampungKampung Tungku/Katok di ketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, seorang pesara ABDB. Dalam memastikan kegiatan anak-anak kampung sentiasa berkembang dan menepati aspirasi kerajaan, Majlis Perundingan Kampung telah diujudkan dengan lantikan-lantikan Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli-Ahlinya. Beberapa jawatankuasa kerja juga telah diujudkan bagi mengerakkan kegiatan anak kampung sepanjang tahun. Klik disini untuk Jawatankuasa MPK Tungku/Katok.
KependudukanSebelum tahun 1980, kesemua penduduk kampung merupakan rakyat jati negara ini, dengan hampir 80% berkerja dengan pihak kerajaan semada dalam perkhidmatan awam ataupun dibidang ketenteraan atau kepolisian. Namun kegiatan penjualan tanah-tanah orang-orang kampung kepada orang asing banyak merubah lanskap kampung dengan ramai orang-orang asing mula bertapak di kampung ini. Para pemaju banyak membantu pindah milik hartanah dari rakyat jati kepada orang asing dengan membuat kemajuan tanah dengan perjanjian-perjanjian tertentu. Ini boleh dilihat daripada bangunan-bangunan teres, rumah kedai dan taman-taman perumahan yang banyak dibina disekitar kampung. Kini kampong Tungku/Katok dihuni oleh berbagai bangsa dan keturunan, menjadikannya sebuah kampung yang menjanjikan berbagai kesenangan dan peluang pekerjaan.
Apa ada disekitar Kampong Tungku/Katok?Jika disemak Buku Panduan Sempadan Mukim dan Kampong Daerah Brunei dan Muara terbitan Jabatan Ukur, bangunan-bangunan kerajaan dan swasta berikut adalah termasuk dalam kawasan Kampong Tungku/Katok :
Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Ibu Pejabat DST Sdn. Bhd., Pantai Tungku, Kolam Ikan Sungai Jambu, Pusat Latihan Mekanik, Unit Taman Agro Teknologi, Jabatan Pertanian & Agri Makanan, Skim Tanah Kurnia Kepada Rakyat Jati Tungku Kawasan 1, Skim Tanah Kurnia Kepada Rakyat Jati Tungku Kawasan 2, Skim Tanah Kurnia Kepada Rakyat Jati Tungku Kawasan 3, Sekolah Rendah Tungku, Brunei III Sekolah Rendah STKRJ Tungku, Brunei III |
Peta Lokasi Kampung Tungku/Katok
Sekitar Majlis Korban MPK Tungku/Katok bagi tahun Hijrah 1431/Masehi 2010
|
Kegiatan Masakini Anak Kampung
Pada masa sekarang, terdapat ramai anak kampung yang bergiat aktif dibidang-bidang tertentu seperti berdagang kueh mueh, berladang dengan menanam padi di kawasan penanaman padi Wasan, membuat pelaburan dengan menanam pokok gaharu, membuka restoran dan penyewaan padang permainan seperti padang futsal. Bagi sesetengah anak kampung, kegiatan yang berfaedah seperti ini sekadar menambah pendapatan dan merupakan kegiatan sampingan selain bekerja dengan pihak kerajaan. Walaubagaimananpun, bagi mereka yang menjadikan nya sebagai pendapatan tetap kerana tidak bekerja, ianya merupakan sumber pendapatan bagi menampong kos perbelanjaan harian.
Akhir akhir ini pula terdapat beberapa anak kampung yang aktif membeli anak-anak pokok gaharu untuk ditanam disekitar rumah masing-masing. Minat untuk memelihara pokok gaharu ini timbul apabila mereka mengikuti taklimat mengenai perusahaan minyak wangi daripada pokok gaharu ini. Mudah2an usaha yang berkebajikan ini akan memberi kejayaan kepada mereka yang mengusahakannya.
Akhir akhir ini pula terdapat beberapa anak kampung yang aktif membeli anak-anak pokok gaharu untuk ditanam disekitar rumah masing-masing. Minat untuk memelihara pokok gaharu ini timbul apabila mereka mengikuti taklimat mengenai perusahaan minyak wangi daripada pokok gaharu ini. Mudah2an usaha yang berkebajikan ini akan memberi kejayaan kepada mereka yang mengusahakannya.
Disclaimer/Penafian
Webmaster tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerugian atau/dan kehilangan atau seumpamanya akibat daripada penggunaan sebarang infomasi dari website ini.
Dikemaskini pada 20 Disember 2011 Selasa