|
Basikalton21hb. November 2010 Ahad - Penyertaan anak kampung dalam Cycle for Charity anjuran DST Sdn Bhd memeriahkan lagi acara berkenaan yang telah berlangsung pada Ahad 21 November 2010. Ekspedisi tersebut bermula dan berakhir di perkarangan DST Sdn Bhd di Tungku Link dan ianya adalah bagi mengutip derma bagi Tabung Anak-Anak Yatim disamping berekspedisi berbasikal. Jarak ekspedisi ini adalah sekitar 50 kilometer dengan melalui Lebuhraya Muara Tutong, Empire Hotel and Country Club dan berpusing balik di Pantai Meragang. Dalam acara tersebut, sebanyak $2090 telah dikutip dari wang penyertaan dan kesemuanya didermakan kepada Tabung Anak-Anak Yatim.
Majlis Ibadah Korban 1431 Hijriah19hb. November 2010 Jumaat - Majlis Ibadah Korban telah dijalankan dengan jayanya pada Jumaat lepas 19hb November 2010 selepas solat jumaat, sempena Hari Raya Aidil Adha. Majlis ini akan diadakan di perkarangan rumah Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kampong Tungku/Katok. Tetamu kehormat pada hari berkenaan adalah Penasihat MP Mukim Gadong 'A' Yang Mulia Prof Madya Dr Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah. Dalam majlis tersebut, kira-kira 100 plastik daging korban telah dibahagi-bahagikan kepada anak-anak yatim dan juga penduduk kampong. Sila klik disini untuk gambar-gambar sekitar majlis berkenaan.
|
Dikemaskini pada : 25 Disember 2010 9.46am Sabtu