BERITA
|
Bedudun ke Kampong Selanyau, Sibuti, Miri, Sarawak24 Disember 2011 Sabtu - Seramai 45 orang anak kampung telah bedudun ke Kampung Selanyau, Sibuti hari ini dengan menaiki kenderaan masing-masing. Rombongan tiba sekitar jam 11.25 pagi dan disambut mesra oleh Ketua Kampong Selanyau dan anak2 kampung yang lain. Kunjungan ini sama juga seperti tahun lepas, dimana beberapa siri perlawanan persahabatan antara kedua buah kampung yang bersaudara, diadakan. Sejurus tiba, rombongan disajikan dengan minum pagi disamping bertanyakan khabar antara tuan rumah dan ahli rombongan.
Disebelah petang, selepas makan tengahari, perlawanan persahabatan dart telah dilangsungkan di Balairaya Kampong Selanyau. Sekitar jam 4 petang, rombongan bergerak ke Dewan Masyarakat Bekenu untuk perlawanan futsal. Disebelah malam, perlawanan badminton juga diatur antara kedua-dua buah kampung, dimana diakhir perlawanan tersebut, piala-piala kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Rombongan Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Rajab, Pengerusi MPK Kampong Tungku/Katok, kepada pemenang-pemenang dalam semua jenis perlawanan.
Keesukan harinya, satu perlawanan tenpin bowling persahabatan juga diadakan bertempat di Bintang Mega Bowling, Miri. Seramai 15 pemain dari kedua-dua buah kampung telah mengambil bahagian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak tuan rumah diatas sambutan dan kemesraan selama rombongan berada di Kampong Selanyau, dan Insyallah kunjungan ini tidak akan terhenti disini.
Mesyuarat MPK Kali Ke II17 Disember 2011 Sabtu - Bertempat di Restoran Oslam Gadong, satu mesyuarat bagi membincangkan kalendar aktiviti MPK tahun 2012 telah dilangsungkan bermula jam 7.52 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kampong Tungku/Katok. Turut hadir adalah Yang Mulia Awang Haji Talip bin Haji Apong, Penasihat MPK Tungku/Katok. Didalam mesyuarat tersebut, berbagai cadangan dan rancangan telah disusun oleh semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi seperti rancangan aktiviti Jawatankuasa Biro Wanita dan juga Jawatankuasa Sukan dan Olahraga. Klik Rancangan Aktiviti Tahun 2012 disini.
Rancangan Aktiviti Biro Wanita Tahun 20124 Disember 2011 Ahad - Biro Wanita, Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok telah mengadakan mesyuarat kali kedua bagi menghalusi rancangan aktiviti tahun 2012. Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 20 November 2011 untuk membincang agenda yang sama. Mesyuarat di pengerusikan Yang Mulia Dayang Saibah bte Salam. Beberapa aktiviti telah disuarakan oleh ahli yang hadir dan hasilnya adalah seperti yang dipaparkan.
Update Masjid Tungku2 Disember 2011 Jumaat - Setelah setahun berlalu, beginilah keadaannya Masjid Tungku yang masih dalam pembinaan. Pada 2 Disember 2010 adalah Majlis Mendirikan Tiang Utama masjid ini yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Masjid Tungku dijangka siap dalam bulan April 2012.
|
|