BERITA
|
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2012 |
DIKIR MAULUD 143324 Januari 2012 Selasa - Seperti tahun-tahun lalu, Dikir Maulud sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah diadakan di Balai Ibadat Kampung Tungku. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Haji Rajab, Pengerusi MPK Tungku/Katok. Seramai 15 orang anak-anak kampung turut serta dalam majlis berkenaan yang bermula selepas solat Fardhu Maghrib. Dipohonkan kepada semua penduduk kampung yang ada kelapangan untuk turut hadir memeriahkan majlis berkenaan dengan niat semata-mata membesarkan jujungan besar kitani, kerana Allah jua. Moga amal ibadah kitani akan diterima oleh Allah, AMIN.
Walkaton MPK Tungku/KatokSessi pemanasan badan sebelum walkaton
22 Januari 2012 Ahad - Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok melalui Biro Wanita telah mengadakan walkaton pagi tadi bertempat di Pusat Latihan Pertanian dan Agromakanan, Kampong Tungku. Walkaton ini merupakan sebahagian dari aktiviti Biro berkenaan yang dirancang bagi tahun 2012. Seramai 30 orang penduduk kampung dari pelbagai peringkat umur telah menyertai walkaton tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi MPK Tungku/Katok, Yang Mulia Awg Haji Hassan bin Haji Apong. Walkaton yang bermula dan berakhir di hadapan pejabat Pusat berkenaan, bermula sekitar jam 7 pagi itu dimulakan dengan sessi pemanasan badan dengan diketuai oleh Yang Mulia Awang Abd Malik bin Haji Siajuan. Perjalanan walkaton pagi ini adalah kira-kira 2.4km sahaja, melalui jalan-jalan di persekitaran Pusat Latihan Pertanian dan Agromakanan. Ketua Biro Wanita, Yang Mulia Dyg Saibah bte Salam berharap walkaton ini akan berterusan diadakan setiap bulan dengan kehadiran penduduk kampung yang lebih ramai lagi. Klik disini untuk slides Walkaton MPK Tungku/Katok.
Persediaan Walkaton 22 Januari 20128 Januari 2012 Ahad - Beberapa ahli jawatankuasa Biro Wanita telah membuat persiapan awal dengan merancang laluan bagi Walkaton MPK Tungku/Katok yang dijadualkan diadakan pada 22 Januari 2012 akan datang. Jadual asal walkaton berkenaan adalah pada 15 Januari, akan tetapi terpaksa di anjakkan kepada 22 Januari oleh sebab kesuntukan masa bagi membuat persediaan. Laluan yang dicadangkan adalah sejauh 2.5 km sahaja, bermula dan berakhir di kawasan letak kerita, Jabatan Pertanian dan Agrimakan, Jalan Tungku, Gadong. Walkaton ini akan bermula sekitar jam 7 pagi nanti.
|
|