26 Jun 2011 Ahad - Kejohanan Badminton Terbuka MPK Tungku/Katok mencapai kemuncaknya malam tadi dengan 5 perlawanan akhir dalam 5 kategori perlawanan. Tetamu Kehormat bagi perlawanan akhir semalam aialah Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Mesyuarat Negara. Perlawanan akhir semalam dimulai dengan Kategori Bergu Campuran yang menyaksikan pertembungan antara Haji Zakaria Hj Liman berpasangan dengan Saibah Salam melawan pasangan adik-beradik, Yusri dan Munyati Hj Kamis. Perlawanan dimenangi oleh Yusri dan Munyati secara straight-set. Dalam Kategori Veteran/Novice pula, pasangan Haji Salim dan Fikri Hj Jaafar kalah kepada pasangan bapa dan anak, Mohammad Hj Besar dan Hanif Mohammad, apabila pasangan Haji Salim dan Fikri gagal meneruskan perlawanan apabila Haji Salim mengalami kecederaan di set ketiga perlawanan.
Dalam perlawanan Kategori Perseorangan pula, sekali lagi Yusri Hj Kamis bermain dan kali ini, beliau bertemu dengan Abd Qawi Dily Alias, pemain remaja dari kampung ini yang mewakili Brunei Darussalam ke Kejohanan Asean School di Kuala Lumpur pada akhir bulan Jun nanti. Abd Qawi berjaya menundukkan Yusri Hj Kamis dalam tiga set perlawanan. Bagi Kategori Veteran, perlawanan adalah antara pasangan Haji Bakar dan Zaini Puasa yang bertemu Haji Metassim dan Zainal. Kemenangan berpihak kepada Haji Metassim dan Zainal. Perlawanan terakhir semalam menyaksikan perlawanan hebat antara Yusri Hj Kamis berpasangan dengan Hj Md Hassan melawan Abu Alisham dan Ruzi Hj Talip. Dalam perlawanan ini, Abu Alisham dan Ruzi Hj Talip menang dalam 2 set mudah apabila kedua-dua pemain Yusri Hj Kamis dan Hj Md Hassan gagal bermain dengan baik akibat keletihan setelah dikategori perlawanan akhir yang terdahulu.
Lawatan Kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan
12 Jun 2011 Ahad - Satu rombongan daripada Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Adanan bin Pengiran Seri Indera Pg Hj Ismail, telah mengadakan lawatan kerja selama 3 hari ke Wilayah Persekutuan Labuan bermula 10 hingga 12 Jun 2011. Beberapa ahli MPK Tungku/Katok telah menyertai rombongan tersebut yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, Pengerusi dan Ketua Kampong Tungku/Katok. Antara aturcara yang disusun disebelah pagi dalam lawatan tersebut adalah 1. Lawatan ke Bengkel Mee, 2. Lawatan ke Perusahaan Kelapa Dara (, dan 3. Lawatan ke Perusahaan Homestay. Semantara disebelah petang pula, satu perlawanan persahabatan Boling Padang.
Liga Tenpin Bowling Bulan Jun
5 Jun 2011 Ahad - Perlawanan tenpin bowling MPK Tungku/Katok bagi bulan Jun 2011 berlangsung malam tadi di Utama Bowling Centre, Batu 1 Jalan Tutong dengan disertai oleh 14 pemain. Juara bulan ini disandang oleh Awg Ahmad Khairi Hj Hassan dengan jatuhan pin sebanyak 556 pins. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Awg Mazini Hj Bolhassan. Dalam liga kali ini, Awg Alias Hj Idris dan Awg Hj Aji Hj Abdullah telah bermurah hati menaja hadiah 4 hadiah 'Turkey' dan Top Four Players. Dalam perlawanan malam tadi, penganjur telah mengubah game ketiga dari permainan biasa ke Moonlight 9 pin-no-tap yang mana menambah lagi kemeriahan perlawanan. Dari maklumat yang diperolehi, Grand Final liga bulanan akan diadakan pada 3 Julai akan datang dengan mempertandingkan persaingan antara kumpulan yang dibentuk dari senarai rangking pemain-pemain yang sedia ada.
Salah seorang pemenang 'Turkey'
Ahli Majlis Mesyuarat Negara
Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin semasa
Majlis Mendirikan Tiang Masjid Kampong Tungku
1 Jun 2011 Rabu - Kampong Tungku/Katok melakar satu sejarah hari ini apabila seorang anak kampung yang juga Penghulu Mukim Gadong 'A', Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin telah mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara berkuatkuasa serta merta. Pemilihan Yang Berhormat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat tersebut merupakan satu lagi mercu tanda kejayaan anak kampung ini dalam melaksana dan menanai tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam memeduli dan menjaga kesejahteraan rakyat. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat, mudah2an lantikan berkenaan akan memotivasi penduduk Mukim Gadong 'A' amnya dan penduduk Kampong Tungku/katok khasnya dalam memberi kerjasama dan dayausaha memajukan lagi mukim dan kampung.