BERITA
|
Liga 10pin Bowling bulan AprilAmir Seth menerima hadiah kemenangan
30 April 2012 Isnin - Seramai 21 orang warga Kampong Tungku/Katok telah mengambil bahagian dalam liga bulanan 10pin bowling yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan dan Olahraga Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok. Perlawanan diadakan di Mega Strike Bowling Centre, Berakas bermula jam 8 malam dan selesai sekitar jam 12 malam. Hadiah-hadiah kemenangan dan saguhati telah disampaikan oleh YM Awang Haji Hassan bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi MPK Tungku/Katok.
Sukan BerkayakSumber Foto : Facebook Tudungbutul Lie
29 April 2012 Ahad - Salah seorang anak kampung, Awg Haji Zakaria bin Hj Liman telah ikutserta dalam sukan berkayak yang dianjurkan oleh agensi yang berpengkalan di Labuan. Lumba berkayak tersebut sejauh 80km, bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Shahri Hj Jumat harumkan nama negaraAwg Shahri diatas podium
29 April 2012 Ahad - Nama Shahri Haji Jumaat bukan lah asing di Brunei Darussalam, khususnya dalam sukan paralympic. Anak muda asal dari Kampong Tungku/Katok ini telah lama menceburkan diri dalam bidang sukan Lontar Lembing dan Lempar Cekera, dan kerapkali di hantar untuk mewakili negara dalam sukan khusus bagi altlet istemwea didalam dan luar negara. Pencapaian terakhir beliau adalah dalam 1st Malaysia Para Athlete Championship 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur, dari 20 hingga 29 April 2012. Beliau memenangi 1 pingat emas melalui acara Lontar Lembing dan 1 pingat gangsa dalam acara Lempar Cekera. Tahniah setinggi-tingginya untuk Awang Shahri Haji Jumaat. Berita dari Brunei Times.
Sumber foto : Facebook Aidel Jay
Mesyuarat Hari Keluarga Kebangsaan23 April 2012 Isnin - Satu mesyuarat bagi membincangkan Hari Keluarga Kebangsaan telah diadakan bertempat di Oslam Restaurant, Gadong. Mesyuarat dipengerusikan oleh YM Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kmpong Tungku/Katok. Turut hadir ialah YM Ustaz Haji Talip bin Haji Apong, Penasihat MPK Kampong Tungku/Katok. Mesyuarat membincangkan aktiviti yang dikendalikan oleh MPK Tungku/Katok semasa Hari Keluarga Kebangsaan itu nanti, iaitu Dart dan Gasing. Ketua Ahli Jawatankuasa Sukan, YM Cikgu Amir Seth Hj Tengah telah diaturkan untuk mengendalikan aktiviti Dart dan YM Penolong Setiausaha MPK, Awg Zanidi bin Haji Saban akan mengendalikan aktiviti Gasing. Hari Keluarga Kebangsaan akan diadakan pada hari Ahad, 6 Mei, 2012 bertempat di Pusat Tingkatan Enam Katok, Mukim Gadong 'B', bermula jam 7 pagi. Berbagai aktiviti akan diadakan seperti Walkaton, Lumba Basikal, Karaoke, Tetamu Kehormat dihari berkenaan ialah Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Walkaton bulan April15 April 2012 Ahad - Seramai 34 anak-anak kampung telah menyertai Walkaton Bulanan bertempat di kawasan lapang Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Kampong Tungku. Walkaton disertai sama oleh Pengerusi MPK Kampong Tungku/Katok yang juga Ketua Kampong Tungku/Katok, YM Awg Haji Ismail bin Rajab. Seperti biasa, walkaton disertai oleh semua peringkat umur dari yang kecil hinggalah mereka yang sudah pencen. Walkaton didahului oleh senaman pemanas badan yang diketuai oleh Dyg Husniati Hj Hassan.
|
|