|
Mensyuarat Membincangkan Aktiviti Tahun 201121hb. Disember 2010 Selasa - Satu mesyuarat bagi membincangkan aktiviti MPK Tungku/Katok tahun 2011 telah diadakan di Restoran Hama, Kampong Tungku. Mensyuarat di pengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kampong Tungku/Katok, dan dihadiri sama oleh Penasihat MPK Tungku/Katok, Yang Mulia Ustaz Haji Talip bin Haji Apong. Hasil dari permesyuaratan tersebut, beberapa aktiviti sepanjang tahun telah dicadangkan dan disusun, yang melibatkan semua jawatankuasa kerja dan anak-anak kampong. Sila klik disini untuk menyemak kalendar aktiviti tahun 2011.
Penghargaan dan TerimakasehSetinggi-tinggi penghargaan dan terimakaseh yang tidak terhingga buat semua penduduk Kampong Selanyau yang terlibat semasa kunjungan muhibah MPK Tungku/Katok pada 15-17 Disember 2010 yang lalu. Kunjungan muhibah berkenaan begitu bermakna dan mengesankan kedua-dua buah kampung khususnya buat saudara mara disana, yang membuat kami merasa seperti berada di kampung sendiri. Moga-moga kunjungan ini bukan yang terakhir dan setentunya akan membuka minda kepada generasi muda dikedua-dua kampung untuk saling kunjung mengunjungi dimasa-masa akan datang bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sedia terjalin.
Bolasepak Persahabatan MPK Tungku/Katok lwn Kpg Selanyau17hb. Disember 2010 Jumaat - Acara terakhir sempena kunjungan muhibah MPK Tungku/Katok ke Kampong Selanyau adalah perlawanan bolasepak persahabatan. Perlawanan diadakan di padang bolasepak Kampong Selanyau. Perlawanan dimenangi oleh pihak tuan rumah dengan 2 - 1. Pasukan MPK Tungku/Katok gagal menurunkan kesebelasan utama yang pernah berlawan dengan DPMM MFT kerana banyak pemainnya tidak dapat menyertai rombongan ini. Perkara ini disahkan oleh pengurus pasukan bolasepak MPK Tungku/Katok. Salah seorang pemain penyerang MPK Tungku/Katok, Cikgu Amir Sith Hj Tengah telah mengalami kecederaan dipergelangan kaki, akan tetapi tidak begitu serius. Suasana di perlawanan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyokong dari kedua-dua pasukan dan perlawanan berlangsung dengan semangat persaudaraan dan kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.
Slideshow yang memuatkan gambar-gambar semasa kunjungan muhibah MPK Tungku/Katok ke Kpg Selanyau boleh dilihat disini. Penyampaian Cenderamata Sempena Kunjungan Muhibah16hb. Disember 2010 Khamis - Pengerusi MPK Tungku/Katok, Yang Mulia Tuan Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kampong Tungku/Katok, merangkap Ketua Rombongan menyampaikan cenderamata sempena kunjungan muhibah MPK Tungku/Katok ke Kampong Selanyau kepada Yang Mulia Awang Ajis bin Haji Taib, pengurus kunjungan muhibah, dari Kampong Selanyau, Sibuti, MIRI. Penyerahan dibuat sebelum perlawanan futsal persahabatan bermula, bertempat di Gelanggang Serbaguna Bekenu.
Futsal Persahabatan MPK Tungku/Katok lwn Kpg Selanyau16hb. Disember 2010 Khamis - Aturcara dihari kedua kunjungan muhibah MPK Tungku/Katok ke Kampong Selanyau adalah sukaneka bertempat di kawasan lapang balai Kpg Selanyau. Oleh sebab keadaan tempat permainan tidak mengizinkan, sukaneka tersebut terpaksa dibatalkan. Walaubagaimanapun, permainan futsal dilangsung seperti yang dijadualkan. Permainan dilangsungkan dalam suasana muhibah antara kedua-dua pasukan, bertempat di Dewan Riadah Bekenu, sekitar jam 7.30 malam.
Bulutangkis Persahabatan MPK Tungku/Katok lwn Kpg Selanyau15hb Disember 2010 Rabu 11.45pm - Kunjungan Muhibah Pengerusi MPK Tungku/Katok bersama anak kampung ke Kampong Selanyau, Sibuti, Miri yang dijadual berlangsung mulai 15 hingga 17 Disember 2010, bermula dengan perlawanan bulutangkis persahabatan antara pemain-pemain dari kedua-dua pasukan, bertempat di Dewan Masyarakat Bekenu. Walaupun perlawanan ini sekadar persahabatan, namun kedua-dua pasukan mampu mempamerkan permainan yang mantap dan berkualiti tinggi khususnya dipihak tuan rumah. Dipihak MPK Tungku/Katok, pemain-pemain muda yang mengikuti skim latihan bimbingan bekas pemain kebangsaan Brunei, mampu menambat perhatian tuan rumah, dengan pukulan smash kencang, teknikal yang berbagai dan corak permainan yang bervariasi. Syabas kepada kedua-dua buah pasukan kerana mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. 'timun gangsa dalam ragi, mun ada masa main lagi'.
Jadual kunjungan muhibah untuk 16hb Disember 2010 adalah menjadi tetamu majlis makan tengahari Kampong Selanyau, penyerahan plaque sempena kunjungan dan sukaneka. Golongan remaja adalah digalakan ikutserta bagi memupuk tali persaudaraan yang telah lama wujud disamping mengilala sanak saudara di sana. (sila kunjungi facebook: bedudun d selanyau, untuk gambar yang lebih baik) Kunjungan Muhibbah Ke Kampong Selanyau14hb. Disember 2010 Selasa - Satu kunjungan muhibbah ke Kampong Selanyau, Sibuti, Miri yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Tunglu/Katok dijangka bertolak sekitar jam 9 pagi, 15hb Disember 2010. Semasa berada di Kampong Selanyau, beberapa perlawanan persahabatan akan diadakan, antaranya perlawanan badminton, perlawanan futsal dan bolasepak. Pihak tuan rumah pula telah menjemput pihak pelawat untuk majlis makan tengahari pada 16hb Disember, dan diikuti pula dengan sukaneka Kampong Selanyau. Pihak pelawat dijemput menyertai sukaneka tersebut yang melibatkan banyak jenis sukan bagi tujuan merapatkan lagi tali persaudaran yang telah terjalin sejak turun temurun. Dari maklumat yang diperoleh dari Facebook, rombongan dibahagi kepada 3 kumpulan, satu kumpulan akan bertolak pada 15 Disember, satu kumpulan pada 16 Disember dan kumpulan terakhir pada 17hb Disember 2010. Kumpulan terakhir merupakan mereka yang ulang alik sehari kerana ketiadaan kebenaran bercuti. Klik disini bagi lokasi Kampong Selanyau.
Projek Pembinaan Masjid Kg. Tungku/KatokPenduduk Kampong Tungku/Katok yang hadir
2hb. Disember 2010 Khamis - Projek pembinaan ini telah bermula sekitar bulan Jun 2010 yang lalu dan fasa penimbukan tanah dan seterusnya meratakan telahpun selesai. Majlis mendirikan tiang masjid telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama pada 2 Disember 2010 yang lalu dengan sertai oleh lain-lain orang kenamaan, Penghulu Mukim Gadong 'A', Ketua Kampong Tungku/Katok dan penduduk-penduduk kampung. Masjid berkenaan dijangka siap pada Februari 2012. Klik disini untuk slideshow Majlis Mendirikan Tiang Masjid Tungku/Katok tersebut.
|