BERITA
|
Liga 10pin Bowling bulan AprilAmir Seth menerima hadiah kemenangan
30 April 2012 Isnin - Seramai 21 orang warga Kampong Tungku/Katok telah mengambil bahagian dalam liga bulanan 10pin bowling yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan dan Olahraga Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok. Perlawanan diadakan di Mega Strike Bowling Centre, Berakas bermula jam 8 malam dan selesai sekitar jam 12 malam. Hadiah-hadiah kemenangan dan saguhati telah disampaikan oleh YM Awang Haji Hassan bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi MPK Tungku/Katok.
Sukan BerkayakSumber Foto : Facebook Tudungbutul Lie
29 April 2012 Ahad - Salah seorang anak kampung, Awg Haji Zakaria bin Hj Liman telah ikutserta dalam sukan berkayak yang dianjurkan oleh agensi yang berpengkalan di Labuan. Lumba berkayak tersebut sejauh 80km, bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Shahri Hj Jumat harumkan nama negaraAwg Shahri diatas podium
29 April 2012 Ahad - Nama Shahri Haji Jumaat bukan lah asing di Brunei Darussalam, khususnya dalam sukan paralympic. Anak muda asal dari Kampong Tungku/Katok ini telah lama menceburkan diri dalam bidang sukan Lontar Lembing dan Lempar Cekera, dan kerapkali di hantar untuk mewakili negara dalam sukan khusus bagi altlet istemwea didalam dan luar negara. Pencapaian terakhir beliau adalah dalam 1st Malaysia Para Athlete Championship 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur, dari 20 hingga 29 April 2012. Beliau memenangi 1 pingat emas melalui acara Lontar Lembing dan 1 pingat gangsa dalam acara Lempar Cekera. Tahniah setinggi-tingginya untuk Awang Shahri Haji Jumaat. Berita dari Brunei Times.
Sumber foto : Facebook Aidel Jay
Mesyuarat Hari Keluarga Kebangsaan23 April 2012 Isnin - Satu mesyuarat bagi membincangkan Hari Keluarga Kebangsaan telah diadakan bertempat di Oslam Restaurant, Gadong. Mesyuarat dipengerusikan oleh YM Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kmpong Tungku/Katok. Turut hadir ialah YM Ustaz Haji Talip bin Haji Apong, Penasihat MPK Kampong Tungku/Katok. Mesyuarat membincangkan aktiviti yang dikendalikan oleh MPK Tungku/Katok semasa Hari Keluarga Kebangsaan itu nanti, iaitu Dart dan Gasing. Ketua Ahli Jawatankuasa Sukan, YM Cikgu Amir Seth Hj Tengah telah diaturkan untuk mengendalikan aktiviti Dart dan YM Penolong Setiausaha MPK, Awg Zanidi bin Haji Saban akan mengendalikan aktiviti Gasing. Hari Keluarga Kebangsaan akan diadakan pada hari Ahad, 6 Mei, 2012 bertempat di Pusat Tingkatan Enam Katok, Mukim Gadong 'B', bermula jam 7 pagi. Berbagai aktiviti akan diadakan seperti Walkaton, Lumba Basikal, Karaoke, Tetamu Kehormat dihari berkenaan ialah Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Walkaton bulan April15 April 2012 Ahad - Seramai 34 anak-anak kampung telah menyertai Walkaton Bulanan bertempat di kawasan lapang Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Kampong Tungku. Walkaton disertai sama oleh Pengerusi MPK Kampong Tungku/Katok yang juga Ketua Kampong Tungku/Katok, YM Awg Haji Ismail bin Rajab. Seperti biasa, walkaton disertai oleh semua peringkat umur dari yang kecil hinggalah mereka yang sudah pencen. Walkaton didahului oleh senaman pemanas badan yang diketuai oleh Dyg Husniati Hj Hassan.
Lawatan ke Stesen Pertanian BirauYM Dyg Juridah menyampaikan plaque kenangan
24 Mac 2012 Sabtu - Seramai 44 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli-Ahli MPK Tungku/Katok telah mengadakan lawatan setengah hari ke Stesen Pertanian Birau hari ini. Lawatan adalah kelolaan Biro Wanita MPK Tungku/Katok yang diketuai oleh YM Dayang Saibah bte Salam. Lawatan berkenaan adalah rancangan Biro Wanita yang dihasratkan juga untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli dan anak-anak muda kampong dalam industri tanaman buah-buahan khususnya.
Bengkel Membuat Kueh Tradisi Pinyaram18 Mac 2012 Ahad - Satu bengkel membuat kueh Pinyaram telah diadakan bertempat di perkarangan rumah YM Dyg Nor Hayati bte Hj Apong hari ini dengan disertai oleh Ketua Biro Wanita dan ahli-ahlinya. Bengkel setengah hari itu dikelolakan oleh Biro Wanita, Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok. Ia bertujuan untuk mengajar generasi muda cara-cara dan pantang larang dalam penyediaan kueh tradisi Pinyaram. Tunjukcara membuat kueh berkenaan telah dibuat oleh YM Hajah Kaipah, seorang warga tua yang sangat berpengalaman dalam membuat kueh ini. Mengikut salah seorang peserta bengkel, dalam penyediaan kueh ini, terdapat pantang larang yang tersendiri yang mana jika pantang larang tersebut dilangar, maka kueh tidak akan menjadi seperti yang diharapkan.
Ahli MPK Tungku/Katok ikutserta Ekspedisi ke Kota KinabaluAwg Hamjah bergambar sebelum berlepas
15 Mac 2012 Khamis - Penyertaan ahli-ahli MPK Tungku/Katok dalam siri jelajah atau ekspedisi berbasikal ke Kota Kinabalu mendapat perhatian bukan sahaja anak-anak kampung malah telah mendapat sokongan oleh pihak-pihak swasta, khususnya Hongkong and Shanghai Bank Corporation dan jua pertubuhan bukan kerajaan seperti KATAKIJAU. Seramai 3 orang ahli/anak kampong telah ikutserta dalam ekspedisi tersebut yang bermula pada 15 Mac dan berakhir pada 18 Mac 2012. Peserta-peserta ekspedisi dilepaskan di Taman Parit, Kampong Pengkalan Batu sekitar jam 7.30 pagi bagi menuju destinasi Kota Kinabalu, Sabah. Awg Hamjah bin Hj Hujan dan Haji Md Amir bin Hj Lamat adalah peserta berbasikal, manakala Awg Yahya Hj Nudin bertindak sebagai marshall dalam ekspedisi ini. Tahniah dan syabas kepada peserta ekspedisi dari MPK Kampong Tungku/Katok dan Kampong Rimba.
Walkaton Bulanan MPK Tungku/Katok26 Februari 2012 Ahad - Seramai 34 orang anak kampung yang diketuai oleh Pengerusi Masjlis Perundingan Kampong Tungku/Katok, Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab telah mengambil bahagian dalam aktiviti Walkaton bulanan kelolaan Biro Wanita pagi tadi. Turut hadr sama ialah Timbalan Pengerusi MPK Tungku/Katok, Yang Mulia Ustaz Haji Hassan bin Haji Apong. Aktiviti berkenaan bertempat di Taman Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kampong Tungku. Peserta lelaki berjalan sejauh lebih kurang 3.5 km, manakala peserta wanita berjalan sejauh 2.7 km. Walkaton dimulakan dengan senaman memanaskan badan yang di ketuai oleh Awang Md Hadi bin Abdullah. Selepas walkton pula, cooling down juga di ketuai oleh Awg Md Hadi. Aktiviti serupa akan dijalankan lagi bulan hadapan dan akan dimaklumkan kemudian melalui facebook.
10-pin Bowling bulan February 20126 Februari 2012 Isnin - Liga bulanan 10-pin Bowling diteruskan lagi malam tadi, dengan penyertaan seramai 17 orang pemain, sebahagiannya adalah pemain wanita. Yang Mulia Awang Haji Hassan bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi MPK Tungku/Katok telah berkesudian untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada yang berjaya. Mata kemenangan bagi merebut hadiah malam tadi adalah berdasarkan jumlah jatuhan pin bagi setiap game dengan mengambil kiraan Scratch dan juga Handicap.
DIKIR MAULUD 143324 Januari 2012 Selasa - Seperti tahun-tahun lalu, Dikir Maulud sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah diadakan di Balai Ibadat Kampung Tungku. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Haji Rajab, Pengerusi MPK Tungku/Katok. Seramai 15 orang anak-anak kampung turut serta dalam majlis berkenaan yang bermula selepas solat Fardhu Maghrib. Dipohonkan kepada semua penduduk kampung yang ada kelapangan untuk turut hadir memeriahkan majlis berkenaan dengan niat semata-mata membesarkan jujungan besar kitani, kerana Allah jua. Moga amal ibadah kitani akan diterima oleh Allah, AMIN.
Walkaton MPK Tungku/KatokSessi pemanasan badan sebelum walkaton
22 Januari 2012 Ahad - Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok melalui Biro Wanita telah mengadakan walkaton pagi tadi bertempat di Pusat Latihan Pertanian dan Agromakanan, Kampong Tungku. Walkaton ini merupakan sebahagian dari aktiviti Biro berkenaan yang dirancang bagi tahun 2012. Seramai 30 orang penduduk kampung dari pelbagai peringkat umur telah menyertai walkaton tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi MPK Tungku/Katok, Yang Mulia Awg Haji Hassan bin Haji Apong. Walkaton yang bermula dan berakhir di hadapan pejabat Pusat berkenaan, bermula sekitar jam 7 pagi itu dimulakan dengan sessi pemanasan badan dengan diketuai oleh Yang Mulia Awang Abd Malik bin Haji Siajuan. Perjalanan walkaton pagi ini adalah kira-kira 2.4km sahaja, melalui jalan-jalan di persekitaran Pusat Latihan Pertanian dan Agromakanan. Ketua Biro Wanita, Yang Mulia Dyg Saibah bte Salam berharap walkaton ini akan berterusan diadakan setiap bulan dengan kehadiran penduduk kampung yang lebih ramai lagi. Klik disini untuk slides Walkaton MPK Tungku/Katok.
Persediaan Walkaton 22 Januari 20128 Januari 2012 Ahad - Beberapa ahli jawatankuasa Biro Wanita telah membuat persiapan awal dengan merancang laluan bagi Walkaton MPK Tungku/Katok yang dijadualkan diadakan pada 22 Januari 2012 akan datang. Jadual asal walkaton berkenaan adalah pada 15 Januari, akan tetapi terpaksa di anjakkan kepada 22 Januari oleh sebab kesuntukan masa bagi membuat persediaan. Laluan yang dicadangkan adalah sejauh 2.5 km sahaja, bermula dan berakhir di kawasan letak kerita, Jabatan Pertanian dan Agrimakan, Jalan Tungku, Gadong. Walkaton ini akan bermula sekitar jam 7 pagi nanti.
Bedudun ke Kampong Selanyau, Sibuti, Miri, Sarawak24 Disember 2011 Sabtu - Seramai 45 orang anak kampung telah bedudun ke Kampung Selanyau, Sibuti hari ini dengan menaiki kenderaan masing-masing. Rombongan tiba sekitar jam 11.25 pagi dan disambut mesra oleh Ketua Kampong Selanyau dan anak2 kampung yang lain. Kunjungan ini sama juga seperti tahun lepas, dimana beberapa siri perlawanan persahabatan antara kedua buah kampung yang bersaudara, diadakan. Sejurus tiba, rombongan disajikan dengan minum pagi disamping bertanyakan khabar antara tuan rumah dan ahli rombongan.
Disebelah petang, selepas makan tengahari, perlawanan persahabatan dart telah dilangsungkan di Balairaya Kampong Selanyau. Sekitar jam 4 petang, rombongan bergerak ke Dewan Masyarakat Bekenu untuk perlawanan futsal. Disebelah malam, perlawanan badminton juga diatur antara kedua-dua buah kampung, dimana diakhir perlawanan tersebut, piala-piala kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Rombongan Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Rajab, Pengerusi MPK Kampong Tungku/Katok, kepada pemenang-pemenang dalam semua jenis perlawanan.
Keesukan harinya, satu perlawanan tenpin bowling persahabatan juga diadakan bertempat di Bintang Mega Bowling, Miri. Seramai 15 pemain dari kedua-dua buah kampung telah mengambil bahagian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak tuan rumah diatas sambutan dan kemesraan selama rombongan berada di Kampong Selanyau, dan Insyallah kunjungan ini tidak akan terhenti disini.
Mesyuarat MPK Kali Ke II17 Disember 2011 Sabtu - Bertempat di Restoran Oslam Gadong, satu mesyuarat bagi membincangkan kalendar aktiviti MPK tahun 2012 telah dilangsungkan bermula jam 7.52 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kampong Tungku/Katok. Turut hadir adalah Yang Mulia Awang Haji Talip bin Haji Apong, Penasihat MPK Tungku/Katok. Didalam mesyuarat tersebut, berbagai cadangan dan rancangan telah disusun oleh semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi seperti rancangan aktiviti Jawatankuasa Biro Wanita dan juga Jawatankuasa Sukan dan Olahraga. Klik Rancangan Aktiviti Tahun 2012 disini.
Rancangan Aktiviti Biro Wanita Tahun 20124 Disember 2011 Ahad - Biro Wanita, Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok telah mengadakan mesyuarat kali kedua bagi menghalusi rancangan aktiviti tahun 2012. Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 20 November 2011 untuk membincang agenda yang sama. Mesyuarat di pengerusikan Yang Mulia Dayang Saibah bte Salam. Beberapa aktiviti telah disuarakan oleh ahli yang hadir dan hasilnya adalah seperti yang dipaparkan.
Update Masjid Tungku2 Disember 2011 Jumaat - Setelah setahun berlalu, beginilah keadaannya Masjid Tungku yang masih dalam pembinaan. Pada 2 Disember 2010 adalah Majlis Mendirikan Tiang Utama masjid ini yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Masjid Tungku dijangka siap dalam bulan April 2012.
Majlis Ibadah Korban 1432H MPK Tungku/Katok9 November 2011 Rabu - Majlis Ibadah Korban 1432H telah diadakan hari ini bertempat di perkarangan rumah Ketua Kampong Tungku/Katok, Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, bermula jam 2 petang. majlis ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Keugamaan yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Yussof bin Haji jais. Tetamu Kehormat dalam majlis ini ialah Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Sebanyak 7 ekor binatang korban telah disembelih dan daging-daging korban yang telah disediakan dalam plastik lebih awal, telah diagih-agihkan oleh Tetamu Kehormat.
Mesyuarat Kali Pertama MPK Tungku/katok17 Oktober 2011 Isnin - Mesyuarat kali pertama MPK Tungku/Katok telah diadakan bertempat di Restoran Oslam, Gadong pada malam 17 Oktober 2011 yang lalu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kampong Tungku/Katok. Antara lain agenda mesyuarat ialah melantik Ketua Ahli Jawatankuasa Keugamaan, Kebajikan dan Sosial, Pendidikan, Keusahawanan, Perhubungan dan Biro Wanita. Mesyuarat juga membincangkan cadangan bagi mengadakan Majlis Ibadah Korban tahun 1432H bersempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini.
|
|