Membersihkan kawasan bermain gasing/futsal22 September 2013 Ahad -
Pembersihan Tanah Perkuburan Islam30 Jun 2013 Ahad - Seperti tahun-tahun yang lepas, kempen membersihkan tanah perkuburan Islam disekitar kampung diadakan menjelang bulan Ramadhan. Mengetuai kempen pembersihan ialah Ketua Kampong Tungku/Katok, Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab. Terdapat 3 buah tapak tanah perkuburan Islam di sekitar kampung ini, iaitu Perkuburan Pulau Kandis, Sengkurong dan Dang Suma (Talung).
Majlis Doa Arwah dan Makan Tahun23 Jun 2013 Ahad - Majlis Tahlil, Doa Arwah dan Makan Tahun bagi tahun 2013 diadakan serentak hari ini di perkarangan rumah Ketua Kampong Tungku/Katok, Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab di simpang 207 Kampong Katok. Tetamu Kehormat dimajlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Haji Anuar bin Pengiran Seri Indera Pg Hj Ismail, Pegawai Pentadbir Kanan di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam. Antara lain acara di majlis berkenaan ialah penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan warga emas, dan penghargaan kepada Ibu Tunggal.
Dikir sempena Hari Keluarga Kebangsaan 20134 Mei 2013 Sabtu - Bersempena dengan Hari Keluarga Kebangsaan edisi 2013 Masehi / 1434 Hijriah, satu Majlis Membaca Yaasin, Tahlil dan Dikir telah dianjurkan oleh Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik bertempat di masjid berkenaan.
Mesyuarat Hari Keluarga Kebangsaan 201321 April 2013 Ahad - Bertempat di Restoran HAMA Kampong Tungku, satu mesyuarat membincangkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan tahun 2013 telah dijalankan bersama Ahli Ahli Jawatankuasa Tertinggi MPK Tungku/Katok. Mesyuarat telah meneliti dan menunduki satu cadangan yang telah dibentang dalam mesyuarat bersama Penghulu Mukim Gadong B bersama Ketua-Ketua Kampong dalam Mukim Gadong. Berbagai rancangan telah diatur termasuk acara-acara yang akan dikendalikan oleh MPK Kampong Tungku/Katok dalam sambutan itu nanti.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Berangkat Solat Fardu Jumaat25 Januari 2013 Jumaat - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berangkat untuk Solat Fardhu Jumaat bersama rakyat Baginda di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik Kampong Tungku/Katok hari ini. Keberangkatan baginda disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Peniran Muda Abdul Wakil.
Majlis Penutup Dikir Maulud23 Januari 2013 Rabu - Qariah Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik telah mengadakan majlis penutup Dikir Syarafil Anam yang bermula pada 12 Januari 2013 yang lalu. Mengepalai majlis ialah Ketua Imam merangkap Pegawai masjid Yang Mulia Imam Haji Abd Aziz bin Hj Mohd Yassin. Turut hadir ialah Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' Yang Mulia Prof. Madya Dr. Haji Ampuan Brahim bin Ampuan Hj Tengah dan Ketua Kampong Tungku/Katok, Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab. Lebih 200 jemaah ikutserta dalam majlis berkenaan.
Jungle Treking20 Januari 2013 Ahad - Seramai 35 penduduk Kampong Tungku/Katok, Mata-Mata dan Rimba telah ikutserta dalam jungle treking yang diadakan pagi ini. Turut serta adalah Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Mesyuarat Negara yang juga penghulu Mukim Gadong 'A', Yang Mulia Prof. Madya Dr. Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Hj Tengah, Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A', Yang Mulia Awg Haji Bakar, penghulu Mukim Gadong 'B' dan Ketua-Ketua Kampong dari kampong berdekatan. Dalam ekspedisi kali ini, beberapa tempat menarik telah ditemui seperti wasai dan air terjun. Tempat-tempat seperti ini jika dibersihkan dan diperindahkan, setentunya akan menjadi tarikan kepada penduduk negara ini untuk berkunjung dan melepas lelah dihujung minggu. Klik di SINI untuk slide-show Jungle Treking 20 Januari 2013.
Treking ke Bukit Silat11 Januari 2013 Jumaat - Sekumpulan penduduk kampong yang ketuai oleh Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin telah ikutserta treking salah satu wasai dikawasan hutan Katok 'B' pagi tadi yang di kenali sebagai Bukit Silat. Turut serta semasa treking ini ialah YM Pengiran Haji Adanan bin PSI Pg Hj Ismail, Penasihat MPM Gadong 'A' dan Ketua Kampong Tungku/Katok, YM Awg Haji Ismail bin Haji Rajab. Laluan ke wasai berkenaan telah dibersihkan oleh Awg Siong sejak beberapa hari sebelum nya. Trek berkenaan berkejauhan sekitar 2.8km tetapi ada lagi trek lain yang boleh disediakan bagi memanjangkan lagi trek berkenaan. Air terjun seperti foto sebelum sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan tarikan orang ramai yang ingin berkelah atau bar-b-que. Adalah diharapkan wasai ini akan dibersihkan oleh pihak pihak berkenaan untuk kegunaan orang ramai nanti.
Lokasi Jungle Trek Bukit Silat (Lat 4.9032, Lon 114.8698) Perlawanan Bolasepak 7-sebelah antara Takmir Masjid30 Disember 2012 Ahad - Pasukan bolasepak 7-sebelah Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik Kampong Tungku/Katok telah menyertai perlawanan bolasepak 7-sebelah anjuran ahli-ahli jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Beribi yang diadakan hari ini bertempat di padanag Sekolah Rendah Mabohai. Sebanyak 8 buah pasukan ikut serta dalam perlawanan tersebut yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dalam perlawanan yang julung julung kalinya disertai oleh pasukan bolasepak 7-sebelah Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, pasukan berkenaan telah berjaya menempatkandiri diantara 3 pasukan terbaik dengan berada ditempat ke 3. Setinggi tinggi tahniah diucapkan!.
Mesyuarat Biro Wanita24 Disember 2012 Isnin - Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Tungku/Kampong Katok mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan rancangan aktiviti sepanjang tahun 2013 yang akan datang. Mesyuarat di pengerusikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Saibah bte Salam, Ketua Biro Wanita.
Bedudun ke Kampung Selanyau edisi ke III20 Disember 2012 Khamis - Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kampong Tungku/Katok, sekali lagi akan mengetuai rombongan bedudun ke Kampung Selanyau, Sibuti Miri pada 28 hingga 29 Disember 2012 akan datang. Seperti kunjungan yang sudah-sudah, beberapa acara sukan akan diadakan antara anak-anak kampung dari kedua belah pihak akan diadakan. Aturcara yang dirancang adalah seperti berikut :
28 Disember 2012 - Perlawanan badminton di Dewan Bekenu bermula jam 7.30 malam, 29 Disember 2012 - Perlawanan Futsal di Dewan Futsal Bekenu bermula jam 7.30 pagi dan 11.30 perlawanan Dart di Balai Raya Kampung Selanyau. Walkaton Sempena Tahun Baru Hijrah 1434Tetamu Kehormat menyertai acara memanaskan badan Tai Chi
4 Muharram 1434H/18 November 2012M Ahad - Sekitar 200 orang penduduk kampung telah menyertai Walkaton Sempena Tahun Baru Hijrah 1434, diadakan diperkarangan Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik. Tetamu Kehormat dalam acara tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Anuar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pegawai Pentadbir Kanan di Kementerian Hal Ehwal Ugama. Laluan walkaton berkenaan adalah disekitar kampung yang mana jauhnya adalah sekitar 3.18km bagi peserta lelaki dan 2.8km bagi peserta wanita.
Majlis Khamatal Quran17 Ogos 2012 / 28 Ramadhan 1433 Jumaat - Satu majlis Khatamal Quran diadakan malam ini selepas sembahyang Isya yang dipimpin olih Ketua Imam, Yang Mulia Awang Haji Abd Aziz bin Hj Mohd Yassin. Turutserta dalam majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Mesyuarat Negara dan Yang Mulia Pengiran Haji Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat Majlis Perunding Mukim Gadong 'A'.
Mesyuarat Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul MalikGambar ramai Jawatakuasa Takmir Masjid 1433-1435 Hijrah
5 Ogos 2012 Ahad - Pagi tadi telah berlangsung mesyuarat bagi melantik Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik bagi sessi 2012-2014. Mesyuarat dipengerusikan oleh YM Imam Awg Haji Abd Aziz. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Yang Berhormat Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Prof. Madya Dr. Ampuan Haji Brahim, Pensyarah Universiti Brunei Darussalam.
Perasmian Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik Kampung Tungku/KatokMenandatangan pluqe Masjid
27 Julai 2012 Jumaat - Hari ini 7 Ramadhan 1433, terlakarlah sejarah baru bagi penduduk Kampung Tungku/Katok dan sekitarnya apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan Bercemar Duli untuk merasmikan Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik Kampung Tungku/Katok. Bersempena dengan bulan mulia bulan Ramadhan 1433, suasana perasmian masjid sangat meriah dan anak-anak kampung begitu terharu dengan terdirinya masjid yang telah lama dipohonkan dan ianya telah menjadi kenyataan pada hari ini. Ini adalah kerana, selama 40 tahun penduduk kampung telah menggunakan balai ibadat Kampung Tungku yang tidak jauh dari tapak Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik ini. Penduduk kampung berasa bersyukur dan menjunjung kasih yang tidak terhingga ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas keberangkatan Baginda ke majlis perasmian ini.
Memulakan penggunaan Masjid Kpg Tungku21 Julai 2012 Sabtu - Informasi diterima dari Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok bahawa masjid berkenaan berkemungkinan akan mula digunakan pada Jumaat 27 Julai 2012 bersamaan dengan 7 Ramadan 1433. Dipohonkan semua penduduk kampung untuk hadir pada tarikh yang disebutkan.
Majlis Membaca Tahlil, Doa Arwah Sekampung dan Makan Tahun, 2012.Tetamu Kehormat menyampaikan derma Anak Yatim
13 Julai 2012 Jumaat - Seperti tahun-tahun sudah, Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi MPK Tungku/Katok telah mengadakan majlis berkenaan bertempat di perkarangan rumah Pengerusi MPK sendiri. Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Serbini bin Haji Matahir, Rektor Universiti Islam Sultan Syarif Ali, UNISSA. Dalam majlis tersebut, beberapa sumbangan/hadiah telah disampaikan, antara lain ialah Anugerah Penduduk Contoh, Penghargaan kepada Ibu Tunggal, Warga Emas dan derma kepada anak-anak yatim. Foto oleh Hadiman Haji Saban
Membersihkan Tanah Perkuburan Pulau KandisTahlil dan Doa Arwah
8 Julai 2012 Ahad - Ahli-ahli MPK Tungku/Katok yang diketuai oleh Pengerusinya Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, telah mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan orang Islam Kampong Tungku/Katok yang terletak di Pulau Kandis dan juga Pulau Sengkurong, di Simpang 185-52, Jalan Katok/Mata-Mata. Seramai 34 warga kampung turut serta dalam aktiviti yang berkebajikan ini yang diselajurkan dengan Tahlil dan Doa Arwah.
Mesyuarat membincangkan aktiviti sebelum Ramadhan 14334 Jun 2012 Isnin - Satu mesyuarat bagi membincangkan aktiviti kampung sebelum bulan Ramadhan telah diadakan malam tadi bertempat di Restoran Oslam, Gadong bermula jam 7.45 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Haji Rajab, Pengerusi MPK Tungku/Katok. Turut hadir ialah Penasihat MPK Tungku/Katok, Yang Mulia Ustaz Awg Haji Talip bin Haji Apong. Mesyuarat membincangkan mengenai memulakan menggunakan Masjid Kg. Tungku yang disempenakan dengan tarikh Isra' Miraj 1433 iaitu pada 27 Rejab 1433 Hijrah, bersamaan dengan 17hb Jun 2012. Semua penduduk Kampong Tungku dan sekitarnya yang beragama Islam adalah dialu-alukan hadir bagi sama-sama meramai-ramaikan majlis itu nanti. Disamping itu juga, penetapan tarikh-tarikh bagi mengadakan gotong royong membersihkan tanah perkuburan orang Islam di kampung ini dan majlis Doa Arwah Sekampung diselajurkan dengan Majlis Makan Tahun telah ditetapkan pada 8 Julai 2012 dan13 Julai 2012 akan datang. Pengerusi berharap, maklumat akan disebarkan kepada semua penduduk kampung untuk sama-sama hadir nanti.
Ekspedisi Tempat Bersejarah I31 Mei 2012 Khamis - Hari ini merupakan cuti awam sempena memperingati 51 tahun tertubuhnya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seramai 30 anak kampung menggunakan hari kelepasan awam ini untuk menyertai satu ekspedisi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin. Ekspedisi ini bertujuan memperkenalkan anak-anak muda kampung tempat-tempat yang mempunyai sejarah tersendiri di kawasan kampung seperti Bukit Mahligai, tempat penduduk kampung berpadi satu ketika dahulu dan mencari wasai-wasai yang banyak berdekatan dengan Bukit Shahbandar. Ekspedisi di ketuai sendiri oleh Yang Berhormat Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong A. Turut serta ialah Pengerusi Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok, Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Haji Rajab. Peserta berkumpul di laluan kabel eletrik berdekatan dengan bekas McFarm sekitar jam 8.15 pagi dan mula merantis laluan sekitar jam 8.30 pagi. Petunjuk jalan sepanjang ekspedisi ialah Awg Misir Hj Berudin, Awg Mahari Hj Nudin, Awg Hj Salleh Mahmud dan Yang Mulia Pengerusi MPK Tungku/Katok, Awg Hj Ismail bin Hj Rajab.
Ekspedisi seterusnya yang dirancang adalah mencari wasai dan air terjun di Bukit Sahabat, tarikh dan masa akan diberitahu kemudian melalui facebook.
Majlis Menyertu Masjid Kampong Tungku21 Mei 2010 Isnin - Majlis Menyertu Masjid Kampong Tungku telah diadakan hari ini yang mana Tetamu Kehormatnya adalah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awg Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Ahli Mesyuarat Negara Yang Mulia Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, yang juga Penghulu Mukim Gadong 'A' dan Pengerusi MPK Tungku/Katok Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Haji Rajab. Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid ini juga dihadiri sama oleh pegawai dan kakitangan Hal Ehwal Masjid, penduduk kampong dan mereka yang menetap dikampung-kampung yang berdekatan. Pembinaan masjid berkenaan menelan belanja $2.9 juta dan dijangka siap sepenuhnya untuk digunakan sekitar bulan Julai nanti, Insyallah.
Hari Keluarga Kebangsaan 20126 Mei 2012 Ahad - Ahli-ahli MPK Tungku/Katok yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya merangkap Ketua Kampong Tungku/Katok telah ikutserta dalam memeriahkan lagi suasana Hari Keluarga Kebangsaan yang diadakan hari ini bertempat di Pusat Tingkatan Enam Katok, Mukim Gadong 'B'. Hari Keluarga Kebangsaan bagi zone 3 ini adalah khusus bagi Mukim Gadong 'A' dan Gadong 'B'. Berbagai acara telah disediakan oleh Jawatanakuasa Tertinggi Hari Keluarga Kebangsaan dan Tetamu Kehormat yang menyerikan perhimpunan ini ialah Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Acara dimulakan dengan Lagu Kebangsaan yang di ikuti dengan Senamrobik. Tetamu Kehormat juga berkesudian melepaskan peserta-peserta berbasikal yang melalui jalan yang telah ditetapkan sejauh lebih kurang 18 kilometer bermula dan berakhir di padang PTEK. Yang Berhormat juga menyertai acara Walkaton mengelilingi kawasan PTEK bersama Yang Berhormat Awg Haji Tahamit Hj Nudin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penasihat Hari Keluarga Kebangsaan bagi Zone 3. Ahli-ahli MPK Tungku/Katok telah mempamerkan produk kampung iaitu Gasing dan juga model Kapal Terbang/Helikopter serta Simulator. Disamping itu juga, belia-belia kampung menyertai acara-acara sukan disebelah petang dan mengendalikan acara Dart.
Belia-belia kampung menyertai acara Tarik Kalat dan berjaya memenangi acara tersebut dengan mudah. Ini mungkin disebabkan belia-belia kampung begitu aktif dalam sukan bina badan dan sudah biasa mengangkat beban seperti besi dan juga exercise yang lain yang membina kekuatan.
Liga 10pin Bowling bulan AprilAmir Seth menerima hadiah kemenangan
30 April 2012 Isnin - Seramai 21 orang warga Kampong Tungku/Katok telah mengambil bahagian dalam liga bulanan 10pin bowling yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan dan Olahraga Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok. Perlawanan diadakan di Mega Strike Bowling Centre, Berakas bermula jam 8 malam dan selesai sekitar jam 12 malam. Hadiah-hadiah kemenangan dan saguhati telah disampaikan oleh YM Awang Haji Hassan bin Haji Apong, Timbalan Pengerusi MPK Tungku/Katok.
Sukan BerkayakSumber Foto : Facebook Tudungbutul Lie
29 April 2012 Ahad - Salah seorang anak kampung, Awg Haji Zakaria bin Hj Liman telah ikutserta dalam sukan berkayak yang dianjurkan oleh agensi yang berpengkalan di Labuan. Lumba berkayak tersebut sejauh 80km, bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Shahri Hj Jumat harumkan nama negaraAwg Shahri diatas podium
29 April 2012 Ahad - Nama Shahri Haji Jumaat bukan lah asing di Brunei Darussalam, khususnya dalam sukan paralympic. Anak muda asal dari Kampong Tungku/Katok ini telah lama menceburkan diri dalam bidang sukan Lontar Lembing dan Lempar Cekera, dan kerapkali di hantar untuk mewakili negara dalam sukan khusus bagi altlet istemwea didalam dan luar negara. Pencapaian terakhir beliau adalah dalam 1st Malaysia Para Athlete Championship 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur, dari 20 hingga 29 April 2012. Beliau memenangi 1 pingat emas melalui acara Lontar Lembing dan 1 pingat gangsa dalam acara Lempar Cekera. Tahniah setinggi-tingginya untuk Awang Shahri Haji Jumaat. Berita dari Brunei Times.
Sumber foto : Facebook Aidel Jay
Mesyuarat Hari Keluarga Kebangsaan23 April 2012 Isnin - Satu mesyuarat bagi membincangkan Hari Keluarga Kebangsaan telah diadakan bertempat di Oslam Restaurant, Gadong. Mesyuarat dipengerusikan oleh YM Haji Ismail bin Haji Rajab, Ketua Kmpong Tungku/Katok. Turut hadir ialah YM Ustaz Haji Talip bin Haji Apong, Penasihat MPK Kampong Tungku/Katok. Mesyuarat membincangkan aktiviti yang dikendalikan oleh MPK Tungku/Katok semasa Hari Keluarga Kebangsaan itu nanti, iaitu Dart dan Gasing. Ketua Ahli Jawatankuasa Sukan, YM Cikgu Amir Seth Hj Tengah telah diaturkan untuk mengendalikan aktiviti Dart dan YM Penolong Setiausaha MPK, Awg Zanidi bin Haji Saban akan mengendalikan aktiviti Gasing. Hari Keluarga Kebangsaan akan diadakan pada hari Ahad, 6 Mei, 2012 bertempat di Pusat Tingkatan Enam Katok, Mukim Gadong 'B', bermula jam 7 pagi. Berbagai aktiviti akan diadakan seperti Walkaton, Lumba Basikal, Karaoke, Tetamu Kehormat dihari berkenaan ialah Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Walkaton bulan April15 April 2012 Ahad - Seramai 34 anak-anak kampung telah menyertai Walkaton Bulanan bertempat di kawasan lapang Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Kampong Tungku. Walkaton disertai sama oleh Pengerusi MPK Kampong Tungku/Katok yang juga Ketua Kampong Tungku/Katok, YM Awg Haji Ismail bin Rajab. Seperti biasa, walkaton disertai oleh semua peringkat umur dari yang kecil hinggalah mereka yang sudah pencen. Walkaton didahului oleh senaman pemanas badan yang diketuai oleh Dyg Husniati Hj Hassan.
Lawatan ke Stesen Pertanian BirauYM Dyg Juridah menyampaikan plaque kenangan
24 Mac 2012 Sabtu - Seramai 44 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli-Ahli MPK Tungku/Katok telah mengadakan lawatan setengah hari ke Stesen Pertanian Birau hari ini. Lawatan adalah kelolaan Biro Wanita MPK Tungku/Katok yang diketuai oleh YM Dayang Saibah bte Salam. Lawatan berkenaan adalah rancangan Biro Wanita yang dihasratkan juga untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli dan anak-anak muda kampong dalam industri tanaman buah-buahan khususnya.
Bengkel Membuat Kueh Tradisi Pinyaram18 Mac 2012 Ahad - Satu bengkel membuat kueh Pinyaram telah diadakan bertempat di perkarangan rumah YM Dyg Nor Hayati bte Hj Apong hari ini dengan disertai oleh Ketua Biro Wanita dan ahli-ahlinya. Bengkel setengah hari itu dikelolakan oleh Biro Wanita, Majlis Perundingan Kampong Tungku/Katok. Ia bertujuan untuk mengajar generasi muda cara-cara dan pantang larang dalam penyediaan kueh tradisi Pinyaram. Tunjukcara membuat kueh berkenaan telah dibuat oleh YM Hajah Kaipah, seorang warga tua yang sangat berpengalaman dalam membuat kueh ini. Mengikut salah seorang peserta bengkel, dalam penyediaan kueh ini, terdapat pantang larang yang tersendiri yang mana jika pantang larang tersebut dilangar, maka kueh tidak akan menjadi seperti yang diharapkan.
Nota : Berita-berita terdahulu telah di arkibkan, sila kunjungi ARKIB BERITA
|
|
إني خلـّفـت فيكم شيئين، لن تضلوا بعدهما أبدا، كتاب الله وسنتي
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, yang jika kamu pegang teguh pasti kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan Sunnahku.
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, yang jika kamu pegang teguh pasti kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan Sunnahku.
Dikemaskini pada : 7 Julai 2013 Ahad 3 petang