9 November 2011 Rabu - Majlis Ibadah Korban 1432H telah diadakan hari ini bertempat di perkarangan rumah Ketua Kampong Tungku/Katok, Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, bermula jam 2 petang. majlis ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Keugamaan yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Yussof bin Haji jais. Tetamu Kehormat dalam majlis ini ialah Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Sebanyak 7 ekor binatang korban telah disembelih dan daging-daging korban yang telah disediakan dalam plastik lebih awal, telah diagih-agihkan oleh Tetamu Kehormat.
Muslimat yang turut hadir di Majlis Ibadah Korban Tahun 1432 Hijrah - 9 November 2011, di perkarangan rumah Ketua Kampong Tungku/Katok, Mukim Gadong 'A'